Saturday, July 23, 2011

Lelaki Yang Sangat Disukai Wanita...


1. Lelaki Beragama dan Taat beribadah

- siapa yang tidak mahu memiliki seorang lelaki yang beragama (yang ni tak payah explain)

2. Lelaki Berkeperibadian Tinggi, Berpendirian Teguh dan Suka Bekerja Keras

- lelaki yang mampu menghadapi pelbagai tentangan dan masalah hidup, rajin bekerja untuk menafkahi keluarga

3. Lelaki Yang Memberi Perhatian dalam Memahami Tabiat dan Perasaan Wanita

- lelaki yang pandai mengambil hati wanita dan memahami perasaan mereka

4. Beraklak Mulia dan Dermawan

- ni paham kot, jangan la kedekut sangat

5. Peribadi Pemberani

- wanita suka pada lelaki yang boleh memberi perlindungan kepada mereka, mereka spesis yang bergantung... :P (so lelaki jadi tempat bergantung yang baik)

6. Lelaki Bersih dan Rapi

- jaga penampilan (wanita akan bangga sekiranya suami mereka berketrampilan)

7. Lelaki Yang Sederhana dan Pandai Menjaga Rahsia

- yang ni penting! jangan menunjuk2 dan jaga rahsia bersama

8. Lelaki Yang Berpengaruh dan Status Yang Tinggi

- bukan bermaksud mempunyai jawatan tinggi (tapi kalau ada plus point kepada mereka), ni lebih bermaksud yang mempunyai ilmu dunia dan akhirat

9. Lelaki Ceria dan Pandai Bergurau

- errrr, ni sifat semula jadi kot, tapi boleh di latih..

10. Lelaki Yang Memiliki Rasa Cemburu Pada Isterinya

- bukan cemburu buta, tapi cukup untuk si isteri mengetahui yang dia hanya yang satu bertahkta di hati

11. Lelaki Yang Mencintai Isteri Secara Tulus

- jangan main kayu dua @ tiga @ empat

12. Lelaki Yang Suka Membantu Isteri.

- jangan la berat tulang sangat, kalau isteri masak yang lelakinya basuh pinggan, kalau isteri basuh kain yang lelakinya pergi jemur, kalau isteri kemas bilik yang lelakinya lipat baju... :P (bersatu kita teguh bercerai kita roboh)


P/S: Di adaptasi dari sebuah buku "Indahnya Kahwin Muda" oleh SYAWANA AZIZ, next post will be on Wanita Yang Mudah Mendapat Jodoh

1 comments:

Yvonne Ling said...

awwwww....how i wish! =P

Post a Comment