Thursday, March 8, 2012

Diet Rasullullah Contoh Teladan Terbaik

Setiap perlakuan Nabi Muhammad merupakan contoh terbaik bagi seluruh umat manusia. Setiap aktiviti dan pola hidup baginda perlu diikuti oleh kita sebagai umatnya. Bermula dari bangun pagi hingga ke tidur semula telah disiapkan contoh amalan terbaik dari Rasulullah s.a.w.

1. Hal pertama yang menjadi menu kehidupan Raulullah ialah menikmati udara segar di subuh hari yang sangat kaya dengan oksigen segar yang belum dicemari. Bangun di awal pagi membawa pengaruh besar dalam kehidupan seseorang, tidak hairanlah jika kita bangun lewat, kita berasa amat malas untuk melakukan aktiviti seharian.

2. Seterusnya Rasulullah menggunakan siwak atau kayu sugi untuk menjaga kesihatan mulut dan giginya.

3. Setelah Subuh, Rasulullah memulakan sarapannya dengan segelas air yang dicampur dengan sesudu madu asli. Madu sangat berkhasiat untuk tubuh badan. Dalam Al qur`an, perkataan “syifa” atau membawa maksud kesembuhan dan juga membawa maksud yang sangat umum dan menyeluruh. Di tinjau dari ilmu kesihatan, madu befungsi membersihkan perut, mengaktifkan usus-usus, menyembuhkan sembelit, buasir dan radang.

4. Masuk waktu dhuha, Rasulullah selalu makan tujuh butir kurma ajwa`/matang.
Sabda beliau, barang siapa yang makan tujuh butir kurma, maka akan terlindung dari bisa racun. Dan ini terbukti ketika seorang wanita yahudi meletakkan racun dalam makanan Rasulullah dalam sebuah cubaan bunuh di perang khaibar, racun yang tertelan oleh baginda telah dineutralkan oleh zat-zat yang terkandung dalam kurma. Bisyir ibnu al Barra`, salah seorang sahabat yang termakan racun tersebut, akhirnya meninggal. Kebelakangan ini terbukti bahawa kurma memiliki zat-zat yang dapat mematikan sel-sel kanser.

5. Menjelang petang, menu Rasulullah selanjutnya adalah cuka dan minyak zaitun. Tentu saja bukan hanya cuka dan minyak zaitun, tetapi dimakan dengan makanan ruji, seperti roti dan nasi sebagai contoh. Manfaatnya sangat banyak, diantaranya ialah menguatkan tulang, melancarkan sembelit, menghancurkan kolesterol dan melancarkan pencernaan. Ia juga berfungsi untuk menncegah kanser dan menjaga suhu tubuh di musim sejuk.

6. Di malam hari, menu utama Rasulullah adalah sayur-sayuran. Beberapa riwayat mengatakan, baginda selalu memakan “sana al makki” dan “sanut”. Anda kenal nama tersebut? Di mesir, kata Dr. Mustafa, keduanya adalah seperti dengan bijirin hitam.

Disamping menu wajib di atas, ada beberapa jenis makanan yang disukai Rasulullah tetapi beliau tidak sering memakannya. Diantaranya ialah roti dan daging dengan kuah air masak,labu manis, dan juga anggur.

Yang paling penting adalah menghindari “isrof”, atau berlebihan. Kata Rasulullah, “cukuplah bagi manusia itu beberapa suap makanan, kalaupun harus makan, maka sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk air minumnya dan sepertiga lagi untuk nafasnya” (al hadis).Ketika seseorang terlalu banyak makanan, maka perutnya akan penuh dan pernafasannya menjadi tidak lancar, sehingga zat-zat yang terkandung dalam makanan tersebut menjadi tidak berfungsi dengan baik.

Kemudian Rasulullah juga melarang untuk makan lagi sesudah kenyang. Suatu hari, di masa setelah wafatnya rasulullah, para sahabat mengunjungi Aisyah ra. Ketika itu Islam sudah memerintah. Sambil menunggu Aisyah ra, para sahabat, yang sudah menjadi orang-orang kaya, bercerita tentang menu makanan mereka yang mewah dan bermacam-macam. Aisyah ra, yang mendengar hal itu tiba-tiba menangis. “apa yang membuatmu menangis, wahai bonda?” tanya para sahabat.

Aisyah ra lalu menjawab, “dahulu Rasulullah tidak pernah mengenyangkan perutnya dengan dua jenis makanan. Ketika sudah kenyang dengan roti, beliau tidak akan makan kurma, dan ketika sudah kenyang dengan kurma, beliau tidak akan makan roti”. Dan penelitian membuktikan bahwa berkumpulnya berjenis-jenis makanan dalam perut telah melahirkan bermacam-macam penyakit.

Yang selanjutnya , Rasulullah tidak makan dua jenis makanan panas atau dua jenis makanan yang dingin secara bersamaan. Baginda juga tidak makan ikan dan daging dalam satu waktu dan juga tidak langsung tidur setelah makan malam, kerana tidak baik bagi jantung. Baginda juga meminimumkan untk makan daging, sebab terlalu banyak daging akan membawa akibat buruk pada sendi-sendi dan ginjal. Pesan Umar ra ” Jangan kau jadikan perutmu sebagai kubur bagi haiwan-haiwan ternak!”.

(diubahsuai dari Ceramah Umum “ghidza`unnabi” oleh Prof. Dr. Musthofa Romadlon di Wisma Nusantara, Mesir) tulisan ini ditulis oleh Muhammad As’ad Mahmud, Lc.

Sumber: Diet Rasullulah

1 comments:

ieza ashaari said...

perkongsian yang baik..

Post a Comment