Pada suatu hari di sebuah sekolah yang agak besar dan cantik, ade seorang budak yang baru pindah masuk ke sekolah itu. Dia sangat aktif dan di sukai kawan2 nyer. Tapi ni bukan cite budak tu ngan kawan2 die tapi dengan cikgu sekolah itu.
Maka bermulah melodramatic cite mereka.
Selepas lebih kurang sebulan budak tersebut berpindah ke sekolah tersebut. Oh mintak maap para pembaca… sebelom itu mari ke menamakan watak watak dalm cite nie. Memandangkan sye yang tulis sye nak menamakan budak tersebut sebagai adli hehe =P dan cikgu nyer Cikgu X.
Di dalam kelas Bahasa Melayu
Cikgu X: Hari ni kita akan belajar menulis 1 ayat dan kamu sume kene cakap ayat kamu di hadapan kelas ok.
Tiba lah giliran budak baru nie, Adli
Adli: Nama sye Adli, ayat sye untuk hari ini adalah: SAYA SUKA CIKGU SAYA, DIA NAMPAK CANTIK BILE PAKAI BAJU WARNA MERAH. (dengan nada yang ceria)
Cikgu X terdiam seketika
Cikgu X: adli! (meninggikan suara sedikit), nape kamu cakap bukan bukan nie.
Adli: ayat saye SAYA SUKA CIKGU SAYA, DIA NAMPAK CANTIK BILE PAKAI BAJU WARNA MERAH, bukan ayat bukan bukan.
Cikgu X tergelak seketika. Tapi kembali serius.
Cikgu X: Boleh kamu buat ayat lain?
Adli: X boleh! (dengan suare yang agak marah)
Cikgu X: kenapa? (Sambil memegang kepala adli)
Adli: sye ske kat cikgu sebab tu saye buat ayat nie. (dengan nada yang sayu)
Cikgu X menyuruh adli duduk di tempat nyer dan meneruskan kelas. Adli pula agak down ckit hari tersebut. Keesokkan hari nyer Adli tidak datang ke sekolah selama 2 hari berturut2. Cikgu X mula risau. Pada hari ketiga adli datang ke sekolah, tetapi tidak seceria seperti hari2 sebelomnya. Cikgu X berjumpe dengan adli pada waktu rehat dengan bju berwarne purple pada hari itu dan Terserlah keanggunanya.
Cikgu X: kenapa kamu tidak datang ke sekolah adli?
Adli: …. (diam seribu bahasa)
Cikgu X: kamu marahkan cikgu ke?
Adli: …. (menggelengkan kepala)
Cikgu X: cikgu nak mintak maaf, pasal ayat hari tu. Kamu maaf kan cikgu? Kamu berhak untuk suka cikgu dan cikgu pun suke adli. Tapi adli kene janji untuk belaja bersungguh sungguh k.
Adli: (kembali ceria dengan matanya yang bulat) btul ke!?? Yea! Mekaseh!
Adli kemudianya memberikan sehelai kertas yang yang dikeluarkan dr kocek seluar die. Kertas tersebut tertulis:
“saya pon nak mintak maap dengan cikgu sebab ayat saye hari tu. Mak sye suruh minatak maaf dengan cikgu. Sye janji tak kan cakap bukan bukan lagi tapi lain kali saye akan tulis bukan bukan untuk cikgu – WO HEN AI NI. Sye nak mintak maaf juga sebab x datang due hari. Sye bru blaja ayat ni dari kawan cina sye”
Cikgu X tersenyum gembire…
Adli: Cikgu, esok cikgu nak pki bju warne ape?
Cikgu X: kamu teka ok? esok kite tgk betol atau x.
Adli: hehe ok! (sambil berlari ke kelas)
Kalo cite ni bosan mintak maaf, sbb sye ni bnyak berimaginasi sejak akhir akhir nie… HEHE…
Cerita ni hanya rekaan semata mata, kalo sye ade tersinggung mane mane pihak sye harap di ampunkan.. =)